Frequently Asked Questions
Soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pengguna rakyat Malaysia.
Di manakah Propower Munzir Inspiration Enterprise menjalankan kerja-kerja wiring dan servis-servis yang lain?
Kami Cover Area Pulau Pinang, Kepala Batas, Seberang Jaya, Kedah, Padang Serai, Kulim dan Sungai Petani.
Bilakah Munzir Inspiration Enterprise mula beroperasi?
Pada tahun 2012. Kami telah menyediakan servis elektrikal dan kerja-kerja pemasangan di rumah dan pejabat kepada pelanggan sekitar Pulau Pinang dan Kedah selama 11 tahun.
Adakah Munzir Inspiration Enterprise menyediakan tempat latihan untuk pelajar-pelajar praktikal dalam bidang wiring, elektrik dan aircond?
Ya kami menyediakan tempat latihan untuk pelajar-pelajar lepasan jurusan Elektrikal, Aircond, Mekanikal dan kursus latihan yang berkenaan dengan jurusan teknikal.
Munzir Inspiration Enterprise adalah di bawah sokongan program PROPOWER.
​
PROPOWER ialah program pembangunan usahawan teknologi dalam bidang teknologi elektrik. Penyelenggaraan dan pemasangan elektrik merupakan bidang keutamaan yang dicadangkan untuk meningkatkan usahawan dalam kalangan kontraktor kecil dan pakar elektrik yang dipilih mengikut syarat yang ditetapkan oleh MARA. Usahawan yang menyertai program PROPOWER akan membuka premis perniagaan berkonsepkan elektrik dan turut menyediakan perkhidmatan elektrik secara bergerak. Jenama itu bermaksud 'Profesional (Pro) dalam Perkhidmatan Tenaga (Kuasa)'. Ia adalah konsep perniagaan standard. Adalah dipercayai bahawa PROPOWER mampu memberikan imej yang baik dan sinonim dengan penjenamaan bidang teknikal oleh MARA.
​